Thursday, February 11, 2010

~Syukur~


Aku terpanggil untuk membuat entry ni setelah lama menyepi dari dunia blog. Bukan sebab aku busy, tapi aku agak kemalasan lately....Cerita yang dipost ni bukan lah cerita aku, tapi cerita yang berkaitan dengan orang keliling aku....Cerita seorang sahabat menyedarkan aku rupa-rupanya perangai orang yang berada ni sukar ditafsirkan..selama ni aku fikir kemewahan dapat memberi segala-galanya..rupanya aku silap..mungkin kemewahan dapat membeli harta kebendaan tapi bukan kebahagiaan. Semuanya akan menjadi 'plastik'. Setelah mendengar cerita daripada sahabat aku, aku rasa sangat bersyukur dilahirkan sebagai orang yang sederhana. Bukan kemewahan yang aku mimpikan, tetapi kesederhanaan hidup yang sentiasa dapat membuatkan aku berpijak di bumi yang nyata. Syukur yang tidak terhingga, aku tidak membuatkan ibu dan ayahku bergaduh sebab seorang lelaki..(Erm aku tak pasti...tapi so far tak pernah la...)..Syukur, sebab kepala aku tak pening dengan hal remeh temeh..syukur sebab aku tak perlu membazirkan duit hanya untuk menjalankan aktiviti untuk mengaburi mata sang suami...Syukur untuk segala-galanya...Aku dapat rasakan, susahnya orang susah hanyalah kerana untuk mencari sesuap nasi, tetapi kebahagiaan ada di depan mata, tetapi susahnya orang berada, lebih susah..bukan sahaja untuk mengekalkan status, tapi untuk menjaga persepsi orang lain, berhadapan dengan orang2 yang sentiasa 'plastik' dan bermuka-muka dan kebahagiaan yang penuh dengan liku...walau apa pun aku pasti tak semua orang kaya sebegitu, tapi aku pasti ada segelintir yang wujud....Sebagai hamba Allah, setinggi-tinggi syukur aku panjatkan..semoga Allah sentiasa merahmati hidup ini...Amin....  

No comments:

Post a Comment