Thursday, November 26, 2009

Selamat Hari Raya Qurban....


Menjelang hari raya qurban esok, aku nak wish to all my friends, selamat menyambut Hari raya aidiladha...and untuk pertama kalinya aku akan tengok lembu yang akan dikorbankan untuk aku esok..aku tengok jer before kejadian...masa kejadian aku duk umah..sian..nanti tak leh makan....
apa2 pun selamat hari raya qurban once again kawan2...


Apa Aku Buat Bila Bos Tak der...



Saat yang paling mengembirakan aku bila bos tak der..of course ada pro and cons..yang pro nya ialah kalau bos aku tak der, kerja yang scheduled tu most probably akan siap on time..sbb tak der org yang panggil aku kejap2...yang cons nyer pun ada juga...meh aku senaraikan, sbb lagi banyak kan..:
a) aku akan buat kerja ikut time aku (janji siap)

b) waktu rehat aku akan jadi sgt lama...(dah nak masuk kategori mengular)


c) aku akan balik sharp kul 5(sbb tak der saper nak panggil aku meeting kul 5)...


d) banyak kerja sampingan yang akan aku buat (baca novel, tengok FB and etc)...(hehehe)


So hari ni, aku sekali lagi telah memecahkan rekod melakukan perkara2 yang aku dah listkan kat atas bila bos aku tak der...bukan nak bangga diri..saper suh bos aku tak datang kan..siap pulak yang tinggal kat opis tu 3 orang jer....mana tak nyer bermaharaja lela lah kitaorang..

Aku senaraikan apa yang aku buta hari ni bila bos tak der:

a)rebuttal BICT (pekerja contoh la katakan)

b) Print e-novel bila cinta bertasbih (aku janji aku ganti balik 1 ream kertas)..hehehe...


c) Aku kuar ngn Dayah konon nak survey baju dinner, tapi benda lain yg aku dapat (Sepasang
kasut Vincci -50% off,,i like.....), n Baju yang aku tak budget pun nak beli tapi sbb dari ari tu aku usha, aku bli gak ar....(jgn marah...)

d) balik opis almost kul 4...tapi kuar sharp at 12 pm..(ampun kan aku Ya Allah)


e) Balik kul 5.30 pm...(sbb Dayah nak amik kasut dalam kete)


nampak tak apa akan jadi bila bos aku tak der?
patut la bos aku asyik datang opis jer..dia tak nak kitaorang jadi cam ari ni.....kerja sket2 aka mengular..
Insaf jap aku.. apa2 pun aku janji nak ganti balik masa ni hari weekdays nanti..
sorry bos.....lain kali buat lagi=).....





Cinta Tak Semestinya Memiliki



Bila kita jatuh cinta pada seseorang, jangan menyiksa diri dengan menganggap bahawa cinta kita tak diterima.

Cinta itu tak pernah ditolak kerana, setiap insan memerlukan, menginginkan untuk dicintai.

Wujudkan cinta itu dengan memberikan sesuatu bukan mengharap harap akan sesuatu sebab, apa yang diberikan kerana cinta selalu datang pada hati kita disaat itu juga.

Kebahagiaan memberi jauh lebih sempurna dari pada kebahagiaan kerana menerima.

Tapi…lain bila kita menginginkan sesuatu yang kita cintai. Keinginan itulah yang memberikan pahit pahit yang menghiris dada…

Jangan menyiksa diri dengan menginginkan sesuatu….

Jangan sia kan cinta dengan beban yang berat mengharap mampu di pikul bahu.

Keinginan memiliki mungkin tak kesampaian…

Tapi…

Percayalah pada diri…
Selalunya cinta yang kita berikan seadanya
Takkan pernah bertepuk sebelah tangan..

Wednesday, November 25, 2009

Kuantan dan 1001 cerita...

Mesti entry ni yang paling panjang dan akan membuatkan orang2 sekeliling aku tertanya2 citer apa la yang aku cuba tulis ni...Well, 21 November yang lepas, aku ngn opismate aku selamat bertolak ker Kuantan sempena perkahwinan cik Zura kita...(Pn Zura dh..)macam2 dugaan yang berlaku, dari mula nak pergi smpai la ke hari kejadian (tu sbb aku cakap 1001 cerita)...Aku as usual sgt excited dengan kenduri kendara Zura ni..bukan sbb aku suka gi umah orang kawin, tapi aku excited sbb salah sorang kawan baik aku dah kawin...Lepas waktu opis, aku janji ngn Ana (Housemate Zura) utk tumpang dia..nak jadi cerita, bos aku yang sgt tak open, telah membuat meeting yang menyebabkan 2 lagi kereta yang sepatutnya konvoi dengan kitaorang terpaksa bertolak kul 4. Ada ker patut? meeting on saturday till 4? mmg pandir betul...masuk tol LPT, hujan start hujan renyai2...aku, rasa cuak and tak sedap hati sbb yang lain tinggal kat blakang..and diaorang tak pernah lalu LPT...aku and Ana sampai kul 6 petang kat Kuantan..lepak kat UMP dalam setengah jam and decided to move on ke chalet trus...tapi hujan sgt lebat and it cause traffic jem...budak2 yang lain aku suh trus ke masjid negeri..aku terpaksa buat cofession kat sini aku tak mandi pun ke nikah Zura...hanya sempat touch up jer...
i managed to be for solemnization, just nice masa kadi bagi tazkirah before the akad... and dengan sekali lafaz, cik Zura kita sah bergelar suami kepada En Darwis...pretty sad and emotional at the same time...and aku tak boleh nak cover bila, Zura peluk aku..ntah..tak tau nak describe macam mana,aku sedar2 aku dah nangis..waaa..malu siot...aku jer yang nangis lak tu....



mata aku merah tahan nangis...

lepas akad nikah, apa lagi time nak isi perut yang dah berbunyi2 ni..tapi, aku boleh makan sket jer sbb kari mak Zura mmg pedas...malam tu, lepas balik dari upacara akad nikah, aku ngn yang lain lepak kat chalet..dari petang smpai ke malam asyik ujan jer..dah la tv kat chalet (Gloria Morris Inn) tu macam hampeh..cakap berapi tapi teruk giler...maleh aku nak ungkit...for sure aku nak duduk Club Med lepas ni kalau aku ke Kuantan=)....selain siapkan preparation untuk wedding, aku, dayah ngn miza gatal pakai inai (bukan inai pun, macam ink jer..pakai ari ni, esok hilang..hehehe)...Yana refused nak pakai sbb dia nak nikah dah next week...menjadi ajer kerja giler kalau tak buat aper2...padahal letih giler...(and aku kena marah ngn bucuk sbb corak2 kat tangan haram....sorry..betul2 lupa)



Cantik tak?

Pagi tu lepas bangun pagi (tu pun sbb kecik terjatuhkan sepit rambut, baru aku bangun..subuh Dinosour lagi..hehe) aku ngn yang lain2 dah tak sabar nak tengok laut..especially si kecik....dari malam sampai ke pagi..asyik mengadu nak tengok laut..tanpa peduli ngn keadaan sekeliling, yang hujan..trus kitaorang melepak kat laut....kredit tu nga sbb tolong jadi cameraman....."korang ni pantang nampak camera, mesti nak posing kan?" ngan membebel.."korang ni sentiasa bersedia kan?" kata kak sykin..aku peduli hapa..asalkan ada gambar aku on jer....gaya apa pun boleh...tak caya...hujan2 pun jadi nih.....


macam2 style...kechik kejung..hehehe




as usual, kechik mesti interprame...


Lepas ni mesti banyak company yang nak amik kitaorang jadi model..

Tengah hari tu, lepas bersiap, aku bertolak ke rumah Zura..sad to say, kitaorang dapat tau sedara mara Zura tak dapat datang sbb banjir kat Terengganu and kelantan...yang ada hanya family pak usu dia, her adik beradik and us..nasib la kitaorang datang..at least we can help her out...so, aku telah ditugaskan jadi pengacara majlis terpijak, miza jadi tukang bagi bunga telur, Ana as bridesmith, yana, dayah ijan and his wife jadi tukang bawa dulang..pergh..first time tu... menggigil tak ingat..nasib baik la ok...sempat jugak la aku berposing....everyone did a good job...Alhamdulillah...yang penting dah selamat...



Gadis dulang...pink lagi......



first time jadi mc...



First time menepung tawar....



All of us..at the wedding...

after the wedding, Ijan cadangkan kitaorang pergi Cherating...Ana volunteer to became our tourist guide.. tengah2 jalan nak makan kepok lekor,menggagau mencari..."kak kak, nak tanya kedai keropok ni buka tak? tak buka la dik ikang tak dok..tapi adik nak amik no phone dia boleh la, kepok dia sedap..esok bleh datang bli..." Ana dengan berlakonnya amik no phone akak tu..hmphhh ntah apa2 ntah akak tu..last2 jumpa gak masa dah nak smpai cherating...I like the beaches so much..the scenery, the air..lawanya..and the best part is i like my picts with the gang..it look so spontanous....



Gadis dan pantai....



Ana dah macam run away bride...



Macam professional model kan?


and aku sampai ke umah dalam pukul 11 lebih...Alhamdulillah dalam gelong nga bawa kete pun, sampai gak aku kat shah alam dengan selamat..it was fun..harap2 boleh pergi lagi...hmphh tetiba terpikir...Zura dah lepas, aku bila pulak?????apa2 pun Selamat Pengantin Baru Zura...=)

Thursday, November 19, 2009

Kenapa mesti dia pergi?


Aku rasa lately aku la orang yang paling emosi..bukan emosi tak tentu pasal, tapi orang yang boleh dikategorikan sebagai kuat sgt bersedih...puas dah aku pujuk2 diri aku, jangan nangis lagi..tup2 aku buat lagi ari ni...semalam aku dapat tau, bucuk is leaving for Dubai..for another 3 or 4 months..God, tetiba aku rasa lamanya..padahal sebelum ni aku boleh handle jer...and i realized that, i going to miss him after this...a lot..what happened between us, is unexplainable.... to some people we are a happy couple..to me, yes i concur with that..tapi hakikat sebenar tuhan jer yang tau...how i wish we can be a perfect couple....tension pun ada jugak.....tapi tu lah..barangkali ini ujian tuhan untuk aku..aku berdoa semoga semua ni ada hikmahnya....dan yang terbaik antara aku dan bucuk akan hadir juga....semoga aku sentiasa tabah menghadapi segala dugaanNya..Amin...
to bucuk...I MISS U A LOT and i pray times will fly......waiting for u no matter what...

Thursday, November 12, 2009

Hati

I received this from Ryna, our new office mate..i found it so interesting.......Just want to share with the others...

Hati,
Dikala hatiku masih berbolak balik,
Bisikan dan hasutan syaitan silih berganti,
Ku kuatkan semangat melawan semampu mungkin,
Aaargh, lemahnya diriku kerna sering tertewas!

Hati,
Kerapuhan hati kian meningkat,
Dek kerana titik hitam yang menyelinap dan bersembuyi dihatiku,
Terasa begitu sakit dan pedih apabila virus kian merebak merosakkan hati ini,
Sungguh sukar untukku mendapatkan penawarnya,

Hati,
Sesungguhnya, menjagamu amat sukar bagiku,
Ku tetapkan hati ,
Hati ini mesti dilindungi dan dikasihi,
Tidak tegar untukku menzalimi hati yang diciptakan suci dan bersih,

Hati,
Ku mengorak 1001 langkah yang membawa hati ini dekat kepadaNya,
Agar sentiasa terpelihara,
Kerna, terlalu lemah untukku memeliharanya,

Ya Allah,
Sesungguhnya aku mengerti ,
Hati ini hanya untukMu,

Ya Allah,
Hanya padaMula aku berserah,
Hanya padaMu, selayak-layaknya hati ini kembali ,
Janganlah Engkau membiarkan hati ini dizalimi,
Ya Allah kepadaMu aku bersandar agar hati ini sentiasa di bawah lindungan dan rahmatMu .......Amin

Tuesday, November 3, 2009


Pleasure of love lasts but a moment, Pain of love lasts a lifetime..................