Sunday, February 28, 2010

Mari Kita BBQ aka berbeku...

Citer ni ala2 nak basi la jugak..cerita ni berlaku 2 weeks ago during chinese new year..hasil usaha aku dan makcik aku, dari party yang dirancang secara kecil-kecilan, majlis berbeku (BBQ) bertukar menjadi majlis doa selamat yang sederhana besarnya..majlis diadakan sempena hari jadi cousin aku (qila and awadah) and majlis kenduri tahlil atuk2 dan nenek2 aku...di alor gajah..., melaka....disebabkan sambutan luar biasa...aku, makcik aku dan cousin2 aku bertungkus lumus dari pagi sampai la kepetang membasuh dan memerap semua jenis seafood, ayam, hot dog, burger  dan daging untuk dibakar..tau apa yang lagi best? ayah aku tunjuk bakat memasak sup kaw dia..apa lagi....sup ayam mamak...mmg menjilat jari..but that was not what i was waiting for..the BBQ part was what i craved for...lepas jer baca yasin and doa selamat..aku bergegas menukar uniform chef tak bertauliah untuk memasak (ala2 berlakon jer..) aku tukang kemas and makan..tukang bakar yang ditugaskan adalah cousin2 aku...kenyang tak terkata..sampai naik merah2 la tangan aku allergik...tu blum tambah perut meragam sebab makan macam2 makanan..i couldn't say much..really happy with all the succeed program....to all my family members..i love u guys so much..ur effort was really appreciated..check it out guys!!!!!!!!!...

 
 chef menyediakan makanan..

  
 my family..my father is missing...went to watch football...

 
which is hotter?e or the hot dog?.....teetttt...i lah kan..penat posing...

antara yang buat2 sibuk di hari BBQ

 
makan..makan dan makan lagi..

 
sesi melantak habis-habisan...hasilnya berat aku bertambah 3 kg..penat aku menguruskan semula...

Thursday, February 18, 2010

SEMALU PUN TAHU MALU....



Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. tetibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga , semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali , semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

May Allah, The Exalted, reward us for our good efforts and may He guide us to the Straight Path, save us from the Hellfire and admit us by His mercy into Paradise.

Wednesday, February 17, 2010

Cemburukah Aku?

Hari ni merupakan hari paling malas buat aku...aku tak tau kenapa, dari pagi aku rasa malas nak pergi kerja.....mungkin juga sbb hari ni hari aku berpuasa..tu yang sememeh dari pagi..tapi aku tak nak puasa dijadikan alasan...puas aku pujuk2 diri buat kerja, tapi mood tak juga datang2....hmph...ntah penyakit apa pulak yang aku dapat, hati aku macam tak keruan and tak senang..(sila abaikan penggunaan ayat aku)...Mr B pun tak online2...menambah lagi ketiadaan mood aku hari ni (sila abaikan cara aku menulis..aku dipengaruhi ayat2 novel. yang baru dilayan sebentar tadi..heheh)..aku decided nak balik awal hari ni...buat kerja pun half way, sebab server ofis aku tak boleh masuk...sebelum balik sempat Nana bagi resepi untuk menyedapkan lagi Quaker oat..and tiba2 juga air liur aku kecur, aku terus decide nak makan Quaker oat untuk berbuka...Alhamdulillah resepi tu menjadi..sedap sesangat..credit to Nana..ngeh ngeh...lepas semayang magrib, aku ambil peluang baca Quran untuk menenangkan hati yang gundah gulana..puas aku cari2 apa sebab aku rasa sedih hari ni despite Mr B tak online....lepas baca Quran, aku melayan Face Book aku..and i reallized kenapa aku macam ni...aku rasa aku jeles..jeles ngn kawan2 yang dah melalui fasa tu..terbaru Nazri (bukan aku cemburukan Nazri tau)..aku cuma tetiba rasa hiba..when its going to be my turn? or will ever my turn come?..or can i be like them? hmphhhh... i have no answer for that question.....next ......it will be kecik's and Nana's...aku doakan mereka bahagia....aku? aku cemburu...tapi apakan daya Tuhan Lebih Mengetahui...semoga aku sentiasa sabar menghadapi dugaan ini...aku yakin ada hikmah yang baik tersembunyi disebalik semua ini..."Duhai hati......, Bersabarlah..masa kau akan tiba juga".....Amin....



Saturday, February 13, 2010

Cuti-cuti ronggengs..........

memandangkan mood bercuti mmg sgt2 berada di tahap tertinggi skang ni..aku dengan senang hatinya melepak2 kan diri aku....Aku bercuti hari ni....Seawal pagi aku dah bangun..hasil penyakit body clock aku..dah tak boleh tido..apa lagi, bangun la....selesai mengemas apa yang patut aku sarapan..nasi lemak..mmg gemuk la aku...selesai sarapan, aku meleyan tv..kerana citer yang amat boring, aku decided untuk basuh baju (guna mesin..ngeh ngeh) sambil melayan novel yang dipinjamkan suha..asalnya, nak baca sket jer..sedar2 habis sebuku aku tibai...baru jer aku nak lelapkan mata, bonda tercinta ajak aku temankan dia ke wedding anak kawan dia...aku ingat biasa2 jer..rupa2nya, kawan mak aku tu anak sedara Tun Siti Asmah...so apa lagi VIP nyer pun, suami isteri pasangan yang kagumi tu la...simple and sweet...mak aku dah berangan , kalau aku kawin, dia nak buat tempat yang sama, kurang2 boleh dapat harga staf..katanya..aku senyum jer..malas nak membalas..hanya tuhan lebih tahu....after makan2 we moved back..asalnya, mmg nak balik..ntah apa penyakit aku, aku ajak dia ke Mydin plak...(anak apa ni, ajak mak ronggeng..nghe ngeh..)..Mydin, was lengang..i was so suprised..all the malays dah balik kampung agaknya..cina lagi la tak der...tinggal la indon and bangla...balik umah, baru aku terasa ngantuk yang teramat sgt..tapi aku tak leh lelapkan mata..padahal, aku perlu tido untuk drive balik malam ni....insyaAllah, all my family members will go back to melaka tonite....for our BBQ nite tomorrow...well that was my cuti2ronggengs was about....i'm happy and terasa sgt nikmat with this cuti2...looking forward for the BBQ...to all my chinese fren...Gong Xi Fatt Chai.....adios.......

PS: gambar ni tak der kena mengena ngn entry kat atas...tapi mengada kan..mentang2 lah aku cuti, kucing2 aku ni pun amik kesempatan.."cuti' skali....malas nak main..asyik tidor jer..nak marah cute..hmph..sabor jer la labi...

Mr B...I Miss U...

 

I dont want to lie..but i really miss him right now...
how i wish he is here.....
Miss u Mr B...

Thursday, February 11, 2010

~Syukur~


Aku terpanggil untuk membuat entry ni setelah lama menyepi dari dunia blog. Bukan sebab aku busy, tapi aku agak kemalasan lately....Cerita yang dipost ni bukan lah cerita aku, tapi cerita yang berkaitan dengan orang keliling aku....Cerita seorang sahabat menyedarkan aku rupa-rupanya perangai orang yang berada ni sukar ditafsirkan..selama ni aku fikir kemewahan dapat memberi segala-galanya..rupanya aku silap..mungkin kemewahan dapat membeli harta kebendaan tapi bukan kebahagiaan. Semuanya akan menjadi 'plastik'. Setelah mendengar cerita daripada sahabat aku, aku rasa sangat bersyukur dilahirkan sebagai orang yang sederhana. Bukan kemewahan yang aku mimpikan, tetapi kesederhanaan hidup yang sentiasa dapat membuatkan aku berpijak di bumi yang nyata. Syukur yang tidak terhingga, aku tidak membuatkan ibu dan ayahku bergaduh sebab seorang lelaki..(Erm aku tak pasti...tapi so far tak pernah la...)..Syukur, sebab kepala aku tak pening dengan hal remeh temeh..syukur sebab aku tak perlu membazirkan duit hanya untuk menjalankan aktiviti untuk mengaburi mata sang suami...Syukur untuk segala-galanya...Aku dapat rasakan, susahnya orang susah hanyalah kerana untuk mencari sesuap nasi, tetapi kebahagiaan ada di depan mata, tetapi susahnya orang berada, lebih susah..bukan sahaja untuk mengekalkan status, tapi untuk menjaga persepsi orang lain, berhadapan dengan orang2 yang sentiasa 'plastik' dan bermuka-muka dan kebahagiaan yang penuh dengan liku...walau apa pun aku pasti tak semua orang kaya sebegitu, tapi aku pasti ada segelintir yang wujud....Sebagai hamba Allah, setinggi-tinggi syukur aku panjatkan..semoga Allah sentiasa merahmati hidup ini...Amin....