Menurut pengkaji, wanita dapat dinilai perwatakannya melalui warna kegemarannya. Di sini, disebut serba ringkas tentang wanita, warna dan tafsiran perwatakannya.
MERAH
Berani, emosional, tegas tamak, tahan melarat dan suka bersenang- senang.
BIRU
Setia pada pasangan, pandai menyimpan wang, kuat kemahuan, suka
berterus-terang, jujur, cekap memberi maaf dan tegas.
HIJAU
Subur, suka kepada kebahagiaan, tidak suka bergaduh atau bertekak,
patuh pada pegangan agama, suka berhias, teguh pendirian hingga
kadang-kadang seakan kolot.
HITAM
Suka menyendiri, prihatin, kuat menghadapi dugaan hidup, tidak mudah
dipengaruhi, kuat berfikir, setia pada pasangan, baik hati tetapi
cepat tersinggung.
COKELAT
Kaya dengan sifat keibuan, suka merenadh diri, sopan santun, halus
budi pekerti, hati mudah merasa was-was dan takut berbuat salah.
UNGU
Pemurah dan merdeka hatinya, tidak suka diperintah, berinisiatif,
bijak tetapi agak beremosi, keinginannya tidak meluap-luap.
KELABU
Suka merendah diri, tenang, suka mengalah, suka bekorban peranan
cerdas dan bijak.
KUNING
Menyukai ilmu, gemar membaca, tekun, cerdas dan tabah menghadapi
cabaran.
PUTIH
Bersih fikirannya (tidak banyak prasangka), berkata benar, jujur,
rendah hati, sopan santun, ramah, kuat menerima ilmu, sentiasa
tenteram hatinya, suka menolong dan hidup bertawakal.
Sila ambil perhatian..warna kegemaran aku ialah purple...
meh kita check betul ke apa yang di tulis:
Pemurah dan merdeka hatinya, tidak suka diperintah, berinisiatif,
bijak tetapi agak beremosi, keinginannya tidak meluap-luap.
Pemurah: kadang2 yer kekadang tak..hehe..kalau aku sengkek mcm mana nak jadi
pemurah...=)
merdeka hatinya: mmg merdeka..dah 26 tahun hati aku merdeka.....takkan negara aku merdeka, hati aku tak merdeka kot..(*wink)
Tidak suka diperintah: yang ni aku rasa mcm betul..sbb aku anak sulung, so mmg jarang aku
nak orang perintah aku..aku lebih suka perintah orang..tapi sikap aku ni terbatas..pandai2 la aku adapt to situation and person (takkan la aku nak perintah bos aku lak kan..mesti la aku perintah adik aku..hehe)
nak orang perintah aku..aku lebih suka perintah orang..tapi sikap aku ni terbatas..pandai2 la aku adapt to situation and person (takkan la aku nak perintah bos aku lak kan..mesti la aku perintah adik aku..hehe)
berinisiatif: errmmm tak sure sebenarnya..kekadang aku lebih suka ikut apa yang dah
ada..follow template jer kata orang..inisiatif kekadang kurang..
bijak tetapi agak beremosi: off course..tang bijak tu aku mmg sokong..ngeh ngeh....emosi kekadang jer..
keinginannya tidak meluap-luap: yang tu aku tak pasti keinginan yang mana...keinginan nak kawin tu ada la (meluap2 juga..eii gatai)..keinginan nak sambung blaja agaknya..hehe...pemalas kan..
overall, 50% aku kata betul la..tapi yang lain tu macam tipu jer...
Apa- apa pun Tepuk Dada Tanya Selera...


No comments:
Post a Comment