Thursday, July 16, 2009

Pasar Malam, Pukau dan Pisau...


Aku paling takut kepada kedua2 benda ni....mesti semua orang tertanya2 apa yang aku mengarutkan ni..well, disebalik kehappyan aku minggu lepas selepas diberikan lampu hijau on my tunang dress, handbag (yang diberi oleh nisa dan eliea sempena b'day ku)..telah selamat ditoreh oleh penyangak bebas di pasar malam jalan TAR (11 July 2009)...sungguh aku tak percaya, kerana aku tau aku ni mcm mana orangnya...terutama kalau berjalan ngan orang ramai...for sure punya lah..aku bukan jenis orang yang jalan meleweh....mmg aku kepit handbag tu..mesti semua orang fikir aku careless..touch wood, mmg aku kepit handbag aku..yang pelik bin ajaibnya..aku tak tau bila ditoreh...tau2 masa nak bayar, wallet aku dah tak der....t..mengeletar and pucat aku...tak pernah seumur hidup aku berhadapan ngn situasi camtu..First thing, aku trus block semua kad aku...segala kad la yang ada..kecuali kad mesra and kad tesco =)....kad pengenalan and driving lisence tak kira la kan....puas pulak aku bersoal jawab ngn bahagian customer service bank tu...punya lah susah nak block, naik bengang aku...yang paling mangkuk, ada ke bank muamalat punya hotline tu sebenarnya nombor security guard die? sengal giler...serius....settle semuanya, aku ke balai Jalan Masjid India...gi buat report (gambar kat bawah tuh)...rupa2nya ramai orang beratur nak buat report pasal kejadian yang sama...yang paling bestnya..orang yang buat tu sebenarnya orang tudung labuh....adoi ay..baik tuk sah pakai tudung la wei...buat jenayah sana sini, akhirat sok masuk neraka ngn tudung2 ko tu skali jadi saksi...serious tak bleh blah..modus operandi dia dua orang..sorang toreh sorang amik...dan yang paling menakutkan aku, wujud unsur pukau, yang menjadikan kita tak sedar bila beg tu kena toreh..ada juga manusia macam ni...aku dah jadi mangsa rupanya....semoga tuhn melaknat insan tersebut....(doa aku nih..) selesai buat report, aku balik ngn hati yang tak tau nak describe mcm mana...benci btul aku..tapi nak buat macam mana dah nasib kan...nasib dalam tu tinggal RM 70 jer..kalau beratus macam mana? balik rumah, macam biasa la, aku dapat bebelan yang tak sudah2 dari ibu and ayah..malam tu juga aku email bucuk..susah hati ni Tuhan jer yang tau...aku percaya dengan Qada' dan Qadar Tuhan..., nak dijadikan cerita, aku dapat call dari sebuah kedai kasut kat Jalan Tar (kredit patut diberikan pada pekerja kedai kasut tu-JUKE BOX- cik LISA) yang call aku sbb dia jumpa wallet aku depan kedai. pagi tu bersama 3 wallet lain..punya lah kejam, nasib aku baik sbb aku ada simpan business card alku dalam tu, dapatlah dia matchkan nama aku ngn IC..dn kebetulan juga, no phone aku wujud dalam business card tuh....dia yang tolong simpankan untuk aku wallet aku ..Alhamdulillah..syukur sgt2...ada lagi rezeki aku rupanya..duit dah tak der, tapi IC and lesen aku still ada...tu pun dah seribu rahmat..aku pulang ngn hati yang senang, walaupun aku tau , lepas ni aku akan suffer kena buat kad bank baru and credit card baru...tapi tak perla, aku dapat pengajaran yang sgt penting, aku takkan bawa beg besar2 lagi gi pasar malam Jalan TAR tu...and yang lebih penting aku kena banyak2 baca ayat kursi untuk mengelakkan dari pukau yang macam minah sengal tu buat kat aku..syukur sgt2 aku tak apa2...at least i got my thing back..and I was not harmed.serious, sejak dari tu,aku fobia dengan pisau, pukau dan pasar malam....semoga Tuhan sentiasa melindungi aku dari benda2 tu ..Amin...



Ni la wallet aku yang hilang tu...bukan wallet mahal pun...POLO jer..macam ni pun boleh kena rembat.....




Ni la hasil kekejaman, perempuan tudung labuh yang sengal...habis kena toreh..Beg bday aku tu...




Report yang aku buat kat Balai polis masjid india..Simple jer (aku taip sendiri tau..)
bahan bukti nih....

2 comments: