Friday, August 28, 2009

Ahlan wasahlan Ya Ramadhan...

masih blum terlambat untuk aku ucapkan pada semua....
Selamat menyambut Ramdahan kawan2..semoga bulan ini memberikan seribu keberkatan pada kita semua...amin.....


Tuesday, August 25, 2009

Trip to Pangkor -part 3

Tak abis2 nak citer pasal pangkor nih...punyalah seronok..sampai aku rasa nak pergi lagi...aku tak nak banyak cerita...biarlah gambar2 kat bawah ni yang inform semuanya..wa caya sama lu la Pangkor....=)




Dah lama aku tak main buaian....last aku ingat main buaian masa aku kecik2 dulu..hilang kempunan aku..apa lagi bila dapat berbuai kat laut.....macam model Peter Styverson plak..hehe...nasib la aku tak tercampak dalam laut....



aku kat chinese temple..bukan g semayang..entah kenapa uncle van tu bawa kitaorang kat sini...aku tak der ar excited naa..tapi kalau ada view cantik apa salahnya...=)


masa ni aku dah nak check out dari chalet....sempat bergambor depan pintu...



Aku sgt amaze dengan corak2 pada padang ni...macam maze ular pun ada..corak ni hanya wujud di Kota Belanda ye kawan2.....




Ni lah contoh..orang tak leh jumpa camera...Dinding Kota Belanda ni pun jadi jugak tempat posing.keh keh...


so, percutian kami tamat disini..cuti ker? boleh la consider cuti....walaupun short....i had fun....and i will come her again one day..with bucuk ..InsyaAllah.............Adios....

Trip to Pangkor -part 2


Seperti yang dijanjikan..ini adalah second entries aku sewaktu dipangkor..we had fun...tak caya? layanzzzzz......



Pemandangan laut Pangkor di waktu malam...




Aktiviti berakaraoke..nasib aku tak nyanyi..sumbangsih jadi nyer..tak pun bercakap macam zura..keh keh..



sepagi di liyana villa, pangkor...



aksi insan2 bangun pagi tak mandi nak gi snorkeling




Rakyat prihatin..ikan kat laut pun nak bagi makan...keh keh

To be continued...




Monday, August 24, 2009

Trip to Pangkor -part 1

Akhirnya dengan izin Allah,parents and bucuk....aku berjaya menjejakkan kaki aku ke Pangkor..It might be a life time experience..hmpph..tak dapat nak gambar kan..tapi mmg berbaloi...terima kasih la kepada Cik dayah atas usaha keras dia selama ni..berbaloi-baloi...dari perjalanan ke makanan semuanya mmg ngam ho...yang paling penting, aku sgt suka dengan keindahan lautnya...dan ikan2 segarnya...trip ke sana tak lama hanya 2 hari jer...tapi aku rasa padat dan menarik...kami bertolak on 15th August..lepas kerja...letih mmg letih..tapi aku tak mampu nak gambarkan dengan kata2 happiness yang kami semua lalui...aku tak nak tulis bebanyak..tapi ni antara pose2 yang sempat dirakam sewaktu on da way dan sesampainya aku kat Jeti Pangkor.....enjoy;-)


aku, zura and Ana.....dalam kete


Akibat terlalu excited, sempat kami berposing....dalam toilet..keh keh...


macam dalam hotel..open air concept yang digunakan dalam toilet ni sgt Chantek...



apa yang korang nampak? please cakap aku nampak kurus..keh keh



aku kat jeti pangkor.....

aku akan update lagi di entry kedua dengan gambar2 yang lebih menarik.....dan terbalik..hehe..we enjoy ourselves..i wish i can go with bucuk...sob sob...


To be continued.....


Monday, August 10, 2009

Putus Tunang.....


Aku tak tau nak mulakan dari mana..tapi berita yang angah sampaikan membuatkan aku tak senang duduk..Angah akan putus tunang..aku terkejut..infact the whole family terkejut..sian angah...tak pasal2, dia kena tanggung semuanya...aku sedih sbb tengok adik aku dizalimi oleh orang yang pentingkan diri sendiri...kenapa skarang baru nak keluarkan perkataan "tak serasi", "simpati", "dikongkong", "tak suka" dan banyak lagi alasan-alasan lain...aku pelik, 8 tahun lepas, tak der pulak komen yang aku dengar..betul la cakap Dr M...Melayu mudah lupa...tapi ni bukan setakat orang melayu jer..manusia tu mmg mudah lupa, dan alpa...dan paling aku rasa jijik, bila manusia tak pernah bersyukur dengan pemberian tuhan...aku tak nak mengata atau menyalahkan sesapa, tapi apa yang aku nampak, mmg jelas salah perempuan itu...kerana lelaki sanggup dia menjatuhkan maruah mak dan abg2nya...isyh2..apa la nak jadi.....perempuan itu sgt daring....sampai kata2 mak pun boleh disanggah...aku pernah tengok sendiri macam mana angah berusaha memujuk perempuan itu, tapi semuanya sia2..yer la....cinta itu buta...dah jumpa yang baru, yang lama dilupakan..aku kenal angah..sikapnya macam aku and macam adik2 aku yang lain...apa yang ada, itu sahaja yang kami pegang..tapi manusia tak sama..rambut sama hitam..hati lain-lain...aku redha, angah redha..seluruh family juga redha..lebih baik perempuan itu ditinggalkan sekarang dari dijadikan isteri dan memalukan suami dikemudian hari...well, aku quote kata2 ijan "what u give, u get back"..aku tak nak mendoakan keburukan saper2..tapi aku percaya dan aku akui keagungan tuhan..dan janji tuhan..."doa orang yang dizalimi itu dimakbulkan tuhan" dan perempuan itu, akan mendapat pembalasan yang setimpal dengan apa yng telah dilakukannya....to angah: dont worry, all of us will support u no matter how...percayalah, ada orang yang lebih baik diluar sana yang sedang menunggu.....

Friday, August 7, 2009

Sudahkah Anda Bersedia Untuk Berkahwin

This entry is dedicated to all my friends..it remind me of my own story..i found it on the internet and i think it is interesting to share,...enjoy reading it guys..something worth to read, before we actually enter the new world.....semoga niat baik kita untuk mendirikan rumahtangga..dipermudahkan...amin.....enjoy reading it....

Anda mungkin telah bertemu dengan pasangan yang anda cintai. Tetapi masalahnya anda masih belum punya keyakinan untuk mengakhiri hubungan percintaan itu ke jinjang pelamin. Ada perasaan ragu-ragu untuk melangkah ke alam rumah tangga yang penuh dengan tanggungjawab dan pelbagai dugaan.

Sememangnya banyak yang perlu difikirkan sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga. Anda harus menyediakan diri dengan banyak perkara. Kerana mengingatkan semua perkara inilah ramai yang masih belum berani berkahwin walaupun telah bertahun-tahun bercinta.

Tulisan di bawah ini bukan untuk menakut-nakutkan anda yang masih bujang tentang perkahwinan tapi sekadar ingin memberitahu beberapa perkara yang harus dipertimbangkan sebelum membuat keputusan mengakhiri zaman solo.

Fikirkan perkara-perkara di bawah tapi jika anda sudah yakin dengan pilihan anda, tunggu apa lagi!

Ada alasan kukuh berkahwin

Perkara paling utama ialah keyakinan diri. Oleh sebab itu, yakinkan diri kenapa anda harus mendirikan rumah tangga. Apa yang ingin anda perolehi daripadanya? Apa kesannya pada diri anda, pasangan dan keluarga masing-masing? Jika jawapannya masih belum dapat anda pastikan, ataupun alasannya belum lagi realistik, lebih baik tunda dahulu niat anda sehingga anda benar-benar yakin.

Harus sedia berkongsi

Anda harus menerima kenyataan bahawa situasi tinggal bersama itu berbeza dengan tinggal sendiri. Semuanya harus dikongsi. Bukan sekadar berkongsi bilik, satu almari tetapi juga berkongsi waktu, perhatian, seks, kewangan dan juga emosi.

Sedia untuk sakit hati

Segala tindakan dan perbuatan pasti mempunyai risiko. Begitu juga dengan mengambil keputusan untuk berkahwin. Perkahwinan akan membuka topeng masing-masing. Jika sudah memutuskan untuk berkahwin bererti anda harus sedia menerima risiko paling buruk tentang sikap pasangan anda.

Sedia untuk berfikiran terbuka

Masalah selalu ada, bila-bila dan di mana saja. Adakalanya permasalahan timbul untuk memperbaiki kualiti hubungan anda. Oleh sebab itu, lebih baik jika anda selalu sedia membuka diri untuk bertukar fikiran dengan pasangan agar hubungan emosi tetap terjalin.

Sedia untuk kompromi

Punya agenda, pendapat atau prinsip sendiri memang boleh tapi ingat akan pasangan anda. Dia juga mempunyai kesibukan, pendapat, keinginan yang mungkin berbeza dengan anda. Maka meningkat diri untuk bertoleransi, saling menghargai akan sangat membantu rumah tangga.

Sedia untuk berpisah

Di dunia ini tidak ada yang abadi. Berkahwin merupakan cara untuk menyatukan dua hati yang berbeza dan membina sebuah mahligai bahagian. Namun dalam keadaan tertentu, terlalu sukar untuk mempertahankan kebahagiaan itu. Cara yang terbaik adalah dengan berpisah. Ketika anda melafazkan akad, anda harus menyedari bahawa akan ada salam perpisahan jika tidak seiringan.

Sedia menerima malu

Anda tentu mempunyai kriteria tersendiri dalam memilih pasangan. Tetapi, seburuk apa pun sifat dan perilaku pasangan anda di mata orang, dia adalah pilihan anda. Oleh sebab itu, anda harus berani mati dan sedia untuk malu bagi menjaga kehormatan masing-masing.

Soal anak

Selepas mendirikan rumah tangga, kehadiran anak amat dinanti untuk menyerikan kehidupan. Tetapi secara anda sedar atau tidak, anak dapat mempengaruhi hubungan dan kehidupan rumah tangga anda. Bagaimanapun, kehadiran anak adalah kurniaan Tuhan. Maka bersikap rasional dalam masalah ini akan lebih baik. Anda tidak harus mengurangi waktu untuk berdua ketika ada atau tanpa anak sekalipun.

So, what do u think? dah ready...my concept is easy, if niat kita baik..InsyaAllah semuanya mudah..tapi if niat kita just for bersuka2...u will not strive for it..tepuk dada tanya selera...=)

Thursday, August 6, 2009

hari yang boring...

hari ni hari yang boring buat aku....tersangatlah boring, sampai aku rasa nak balik umah tido..dah la selsema aku tak baik2 lagi....aku pun dah naik bosan...nasib doktor kata bukan H1N1...turn aku bertugas pulak...ikutkan hati nak jer aku ajak the team to go to Ali skang..bukan nak makan tapi nak lepaks jer...boring nyer pasal...aku dah tak tahan ni..hidung ku sumbat...hari ku bosan..ada sesapa boleh tolong???????????